Tuesday, June 1, 2010

Literature review on the use of SMS in Malaysia

http://polldaddy.com/s/13F1671006F4F911 ----> link utk survey....


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..... Greeting to all...
Thanks for participating in this survey. I'm doing my Bachelor in Information Technology and Management in Open University Of Malaysia and this is one of my task to carry out a literature review on the using of SMS in Malaysia as well in foreign countries. This is solely for the survey and all your information will be in secret and only for research purposes only. Any feedback given are highly appreciated..
Terima kasih kerana terlibat dalam kaji selidik ini. Saya sedang membuat Bachelor in Information Technology and Management di OUM PPT Likas 2 Kota Kinabalu dan ini adalah salah satu tugasan saya untuk membuat kajian mengenai penggunaan SMS di Malaysia serta di negara-negara asing. Ini adalah semata-mata untuk kaji selidik dan segala maklumat anda akan dirahsiakan dan cuma untuk tujuan kaji selidik sahaja.
Segala maklum balas dari pihak anda adalah amat-amat saya hargai

Monday, May 24, 2010

Antara Rezeki, Kehidupan, Keselamatan, Nyawa dan KEUNTUNGAN.

ADAKAH HIDUP KITA CUMA DIPANDANG SEBEGINI?



ADAKAH INI YANG CUMA KITA CARI DI DALAM HIDUP????????????????








Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(OSHA), 1994

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah Kementerian Sumber

Manusia telah diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan

berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (osh) bagi memastikan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan orang di tempat kerja serta orang lain dilindung daripada

bahaya yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan dalam pelbagai sektor yang

termasuk perkilangan, perlombongan dan kuari; pembinaan; pertanian, perhutanan dan

perikanan; utiliti (gas, elektrik, air dan perkhidmatan sanitari); pengangkutan, storan dan

komunikasi; perniagaan pemborongan dan peruncitan; hotel dan restoran; kewangan,

insurans, hartanah dan pekhidmatan perniagaan; perkhidmatan awam dan badan, Akta Kilang dan Jentera, 1967............ ADAKAH INI MEMENUHI PIAWAIAN OSHA? JAUH SEKALI................................................






Kemalangan feri di Sg Trusan Lawas pada jam 6.40 a.m , 25hb Oktober 2001 telah meragut nyawa seorang pekerja Ladang Intan atau pun Ladang Lintang pada ketika itu. Terkini ini adalah pengangkutan harian di tempat ini. Mengapa mereka masih membutakan mata semata-mata mengejar keuntungan dan mengurangkan kos dengan menyewa benda alah ini yang cuma boleh digelar "Besi Hanyut"...... dunia oh dunia......... bila bercakap pasal pengurusan semua mahu menjadi juara.............. Bila bercakap pasal untung semua mahu untung.......... Siapakah kita sekadar manusia biasa kita bukannya SUPERMAN, BATMAN waima yang terkini Ujud di Malaysia adalah KUBUNGMAN untuk menjadi hero di sini? waduh pak............. gak bisa begini terus............ kami perlu uang.......... kami perlu rejeki............. tetapi bagaimana rejeki kami itu bisa kami dapat sekiranya ruang kerja kami dalam situasi begini.......... kita masih bercakap tentang YPH 16 mt...... ( Aku sendiri amat malu menyatakan nya.... itu sudah menunjukan kita "di bawah Par".... kalau Golf di bawah par bagus..... Sedangkan org sudah bercerita tentang 30 mt/ha........ aduhai...... Disini cuma ada jaguh-jaguh kampung yang menunjuk samseng dengan majikan. silap sikit kena tumbuk.. masih hidup di zaman batu kah kita......... kalau zaman nenek moyang kita mungkin masih berperang tetapi ini zaman IT......... Majikan tak nampak semua tu.................. yang mereka tau cuma : Please explain bla bla bla bla. low yield, low production tapi adakah mereka bertanya tentang orang- orang yang " Low Morale" A.K.A DEMORALIZE>>>>>>>>>>>>.






Berbaloikah kita hidup dengan situasi begini semata-mata mencari Rezeki?




Maslow’s Hierarchy of Needs
According to Lewis et. al. (2001), Maslow’s hierarchy of needs model is the most famous model for motivation. According to the hierarchy of needs, an individual has five basic needs .
Physiological, Safety, Social, Esteem and Self-actualisation.

Description on Maslow’s Hierarchy of Needs
Physiological Needs
This need exists at the lowest level of the hierarchy. Examples of this need are the need for food, water, air and sleep. Organisations can help individuals to fulfil this need by preparing sufficient income to obtain food, shelter and a comfortable working environment. People will focus on fulfilling these needs before fulfilling the needs in the following level.

Safety Needs
This need is related closely to acquiring a safe physical and emotional environment. Examples of this need are employment network, health insurance and retirement plans used to fulfil the safety needs of employees.

Two-factor Model

According to Rue et. al. (2000), the study done by Frederick Herzberg, Bernard Mausner and Barbara Snyderman produced an approach towards motivation that is accepted widely in the area of management. This approach is known by several names such as motivation and care approach, two-factor or motivation and hygiene approach. This model relates job satisfaction with productivity for a group of accountants and engineers. This study found that factors toward job satisfaction are separated from the factors that incline towards dissatisfaction of
(a) Motivation Factors
Motivation factors are factors related to the work performed. These factors are related to positive feelings and attitude towards the particular work. Motivation factors include the work itself, achievements, inner growth and responsibility.
(b) Hygiene Factors
These factors refer to the context of work or the environment where the work is being carried out. The factors include supervision, workplace conditions, individual relationship, salary, safety, and the company’s administration and policies. These factors are closely related to the negative feelings towards a particular job but nevertheless they do not contribute towards motivation. According to the researchers, these factors do not generate motivation but instead prevent motivation from occurring. For example, employees will feel dissatisfied if they believe that their work place is not safe; but if the condition of the workplace is improved, employees may not necessarily become satisfied. If employees are not given any recognition, feelings of dissatisfaction may not exist. At the same time although they may not feel satisfied but when recognition is given, employees will feel more satisfied.



SEKADAR SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA SEDIKIT SEBANYAK MENGENAI APA YANG DINAMAKAN "MOTIVASI" MENGIKUT PAKAR-PAKAR TEORI PENGURUSAN... The factors include supervision, workplace conditions, individual relationship, salary, safety, and the company’s administration and policies. These factors are closely related to the negative feelings. hygiene factor.......... agak-agak apa akan kita rasa bila kita bekerja di negara yang merdeka dan bertuah ini tetapi seolah-olah anda berada di SUDAN....... Ataupun Timore Leste ( sememangnya suasana ada mirip begitu).Ini sekadar pandangan peribadi saya sendiri sebagai insan-insan yang "tercedera" mindanya hidup di sini sebagai seorang kuli syarikat.



Thursday, September 17, 2009

Nadi Utama Industri Perladangan di Malaysia - TKI


Lebih 90% buruh tenaga kerja ladang sawit adalah terdiri dari TKI yang terdiri dari suku Bugis, Bima, Timor dan sebagainya. Mungkin penduduk tempatan atau istilah lain, 'Orang Kampung' merasakan pekerjaan di ladang sawit ini kurang glamour atau pun dari segi gajinya agak rendah. Sekitar Rm14/ hari untuk pekerja biasa dan RM15-Rm20+ untuk pekerja lain seperti Mandur dan pemandu jentera ladang. Tetapi bagi pekerja yang rajin dan kuat gaji bulanan boleh mencecah RM 1,000-RM 2,000 sebulan terutamanya yang terlibat dengan penuaian Buah sawit.

Namun gaji dan pendapatan tersebut berbeza-beza mengikut syarikat. Sekitar tahun 90an dahulu gaji harian untuk pekerja ladang sawit terutamanya di negeri Sabah cuma RM 6.00 untuk perempuan dan Rm 7.00 untuk pekerja lelaki. Mungkin inilah salah satu faktor tenaga kerja tempatan kurang berminat bekerja di bidang ini dan lebih minat merantau dan bekerja di luar terutamanya generasi muda. Malahan lebih ramai yang menjadi buruh binaan yang lebih berisiko tinggi dan menjanjikan pulangan yang lebih tinggi. Apalah yang mampu di beli kalau gaji hanya sekitar RM500-RM800 sebulan dengan tanggungan anak dan isteri? bagi Tki gaji sebegini sudah cukup lumayan untuk mereka dan setimpal dengan usaha mereka.

Seharusnya Kerajaan mengkaji sistem penggajian tersebut terutamanya bagi negeri Sabah dan Sarawak yang tiada persatuan Sekerja seperti di Semenanjung Malaysia. Jangan menyalahkan rakyat tempatan kerana tidak berminat bekerja di sektor perladangan dan memaksa negara kita mengimport tenaga kerja luar. Peluang sudah diberikan oleh Syarikat untuk bekerja cuma tiada suatu dasar atau ketetapan menjaga kebajikan pekerja Swasta sperti yang telah kerajaan lakukan kepada yang berkhidmat di dalam kerajaan. syarikat lebih suka menggaji pekerja asing kerana lebih murah gaji, senang diuruskan dan lebih produktif berbanding pekerja tempatan yang mahu gaji lebih tinggi ( taraf hidup meningkat ) dan kenaikan harga barang setiap tahun memaksa mereka membuat pilihan mencari kerja yang lebih lumayan dan dapat menyara hidup.

Mana2 industri di Malaysia pun mengutamakan pekerja tempatan TETAPI pekerja tempatan perlu mendapat kerja yang sesuai dengan kemahiran dan dapat menampung hidup bukan dengan gaji yang tak seberapa sedangkan keuntungan yang di perolehi berkali ganda oleh syarikat. penyelesaian Syarikat lebih berminat menggaji pekerja asing kerana kos yang lebih murah dan dapat menambahkan keuntungan syarikat. Apa yang agak menyesalkan kerajaan seolah-olah menyelar penduduk tempatan kerana tidak mahu bekerja, malas dan tidak merebut peluang yang ada...

Industri perladangan, Binaan, perkilangan dan sebagainya di monopoli oleh tenaga kerja asing. Malahan isu pembantu rumah sampai ke hari ini pun belum selesai lagi. Anak dara mana yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah cuma dgn gaji RM 500 sebulan sedangkan kerjanya terkongkong dengan majikan dan bermacam- macam kerenah majikan. Begitu juga dengan perladangan, bekerja dihutan sawit dengan gaji yang tak seberapa atau lebih enak didengar gaji yang tak setimpal dan sesuai dengan kehidupan masa kini. maka TKI merebut peluang bekerja ini bukan di sebabkan orang tempatan malas tetapi lebih cenderung kepada masalah gaji yang kecil.

Kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia telah mengalirkan berbillion-billion RM ke luar negara. disamping masalah sosial, jenayah dan seribu satu macam lagi. tetapi dengan tenaga kerja asing itu juga yang menggerakkan ekonomi Malaysia selama ini. apa lagi yang dapat dan mampu kita lakukan untuk menbendung gelombang tenaga kerja asing? Kaji balik sistem penggajian pekerja untuk menarik minat tenaga kerja tempatan. Banyak pihak terlibat dan memainkan peranan untuk menjayakannya. Swasta akan tersenyum ria dengan keuntungan berganda-ganda dengan menggaji pekerja asing dan dapat menjimatkan kos berbanding dengan menggaji pekerja tempatan yang perlu juga diberi perhatian. Jangan jadi seperti pepatah " kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan".