Thursday, September 17, 2009

Nadi Utama Industri Perladangan di Malaysia - TKI


Lebih 90% buruh tenaga kerja ladang sawit adalah terdiri dari TKI yang terdiri dari suku Bugis, Bima, Timor dan sebagainya. Mungkin penduduk tempatan atau istilah lain, 'Orang Kampung' merasakan pekerjaan di ladang sawit ini kurang glamour atau pun dari segi gajinya agak rendah. Sekitar Rm14/ hari untuk pekerja biasa dan RM15-Rm20+ untuk pekerja lain seperti Mandur dan pemandu jentera ladang. Tetapi bagi pekerja yang rajin dan kuat gaji bulanan boleh mencecah RM 1,000-RM 2,000 sebulan terutamanya yang terlibat dengan penuaian Buah sawit.

Namun gaji dan pendapatan tersebut berbeza-beza mengikut syarikat. Sekitar tahun 90an dahulu gaji harian untuk pekerja ladang sawit terutamanya di negeri Sabah cuma RM 6.00 untuk perempuan dan Rm 7.00 untuk pekerja lelaki. Mungkin inilah salah satu faktor tenaga kerja tempatan kurang berminat bekerja di bidang ini dan lebih minat merantau dan bekerja di luar terutamanya generasi muda. Malahan lebih ramai yang menjadi buruh binaan yang lebih berisiko tinggi dan menjanjikan pulangan yang lebih tinggi. Apalah yang mampu di beli kalau gaji hanya sekitar RM500-RM800 sebulan dengan tanggungan anak dan isteri? bagi Tki gaji sebegini sudah cukup lumayan untuk mereka dan setimpal dengan usaha mereka.

Seharusnya Kerajaan mengkaji sistem penggajian tersebut terutamanya bagi negeri Sabah dan Sarawak yang tiada persatuan Sekerja seperti di Semenanjung Malaysia. Jangan menyalahkan rakyat tempatan kerana tidak berminat bekerja di sektor perladangan dan memaksa negara kita mengimport tenaga kerja luar. Peluang sudah diberikan oleh Syarikat untuk bekerja cuma tiada suatu dasar atau ketetapan menjaga kebajikan pekerja Swasta sperti yang telah kerajaan lakukan kepada yang berkhidmat di dalam kerajaan. syarikat lebih suka menggaji pekerja asing kerana lebih murah gaji, senang diuruskan dan lebih produktif berbanding pekerja tempatan yang mahu gaji lebih tinggi ( taraf hidup meningkat ) dan kenaikan harga barang setiap tahun memaksa mereka membuat pilihan mencari kerja yang lebih lumayan dan dapat menyara hidup.

Mana2 industri di Malaysia pun mengutamakan pekerja tempatan TETAPI pekerja tempatan perlu mendapat kerja yang sesuai dengan kemahiran dan dapat menampung hidup bukan dengan gaji yang tak seberapa sedangkan keuntungan yang di perolehi berkali ganda oleh syarikat. penyelesaian Syarikat lebih berminat menggaji pekerja asing kerana kos yang lebih murah dan dapat menambahkan keuntungan syarikat. Apa yang agak menyesalkan kerajaan seolah-olah menyelar penduduk tempatan kerana tidak mahu bekerja, malas dan tidak merebut peluang yang ada...

Industri perladangan, Binaan, perkilangan dan sebagainya di monopoli oleh tenaga kerja asing. Malahan isu pembantu rumah sampai ke hari ini pun belum selesai lagi. Anak dara mana yang mahu bekerja sebagai pembantu rumah cuma dgn gaji RM 500 sebulan sedangkan kerjanya terkongkong dengan majikan dan bermacam- macam kerenah majikan. Begitu juga dengan perladangan, bekerja dihutan sawit dengan gaji yang tak seberapa atau lebih enak didengar gaji yang tak setimpal dan sesuai dengan kehidupan masa kini. maka TKI merebut peluang bekerja ini bukan di sebabkan orang tempatan malas tetapi lebih cenderung kepada masalah gaji yang kecil.

Kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia telah mengalirkan berbillion-billion RM ke luar negara. disamping masalah sosial, jenayah dan seribu satu macam lagi. tetapi dengan tenaga kerja asing itu juga yang menggerakkan ekonomi Malaysia selama ini. apa lagi yang dapat dan mampu kita lakukan untuk menbendung gelombang tenaga kerja asing? Kaji balik sistem penggajian pekerja untuk menarik minat tenaga kerja tempatan. Banyak pihak terlibat dan memainkan peranan untuk menjayakannya. Swasta akan tersenyum ria dengan keuntungan berganda-ganda dengan menggaji pekerja asing dan dapat menjimatkan kos berbanding dengan menggaji pekerja tempatan yang perlu juga diberi perhatian. Jangan jadi seperti pepatah " kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan".

No comments:

Post a Comment

Post a Comment